PASIR MAS : Kedatangan bulan Ramadan setiap tahunnya menjadi nantian bagi setiap orang mukmin. Beribu ganjaran pahala yang ditawarkan di bulan ini. Ampunan Allah bertebaran memenuhi setiap ruang dan waktu. Sekecil-kecil amalan yang dilakukan di bulan Ramadan akan diberikan ganjaran pahala berlipat kali ganda. Insan yang menyadari betapa dosa melumuri dirinya, tidak ada rasa kecuali bahagia akan kedatangan bulan Ramadhan.
اليد العليا خير من اليد السفلى واليد العليا هي المنفقة واليد السفلى هي السائلة
“Tangan yang di atas lebih baik dari tangan yang di bawah. Tangan di atas adalah orang yang memberi dan tangan yang dibawah adalah orang yang meminta.” (HR. Bukhari no.1429, Muslim no.1033)
Sesuai dengan hadis di atas, amalan bersedekah amat dituntut di kala bulan Ramadan. Peluang itu tidak dilepaskan oleh Aiman Firdaus Awang selaku Ketua MAPIM Rangers Kelantan untuk menyalurkan bantuan kepada keluarga Nordin.
Nordin bin Mat Yussof yang selesa disapa Nordin dengan pasangannya Zaliha binti Shaari menempuh bulan Ramadan ini dengan penuh cekal. Pasangan ini dianugerahkan dengan tiga cahaya mata dan salah seorang daripadanya, Akil merupakan anak yang sangat istimewa dikirimkan oleh Allah swt.
Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Begitulah kehidupan Nordin sejak mereka berumah tangga. Hanya berbekalkan getah skrap untuk dijual, beliau akan keluar ke ladangnya di awal pagi dan akan pulang ke rumah seusai waktu senja.
Akan tetapi lain pula ceritanya dikala bulan Ramadan ini. Kini beliau tidak mampu lagi untuk keluar menoreh getah kerana terpaksa menjaga cahaya mata istimewanya. Membutikkan cekalnya Nordin dan pasangannya, mereka juga turut menjaga ibu mertua Nordin yang kini telantar di rumah mereka akibat stroke.
Adik Zulqarnain, seorang anak istimewa yang menghidap penyakit Mixed Spastic Dystonic Celebral Palsy perlu mendapat perhatian yang secukupnya. Anak syurga ini menghadapi masalah untuk berjalan kerana badannya tidak boleh diseimbangkan. Ia menyukarkan Akil untuk berjalan, makan dan melakukan kerja harian yang lain.
Anak syurga ini sangat mencabar untuk menjaganya. Tidak kena cara, Zulqarnain akan mula meragam dan menunjukkan sifat-sifat agresif seperti memukul kepalanya dan menjerit. Walau bagaimanapun, ia tidak mematahkan semangat Nordin dan pasangannya untuk menjaga anaknya.
Hanya berbekalkan ihsan orang ramai, Nordin hanya disara atas bantuan yang diberi.
“Bulan puasa kali ini sangat mencabar bagi keluarga saya. Saya tak boleh bekerja dan isteri pula pun tak bekerja.
“Dapur nak kena berasap, Zulqarnain perlukan susu dan rawatan yang sewajarnya. Ini dah tak bekerja macam mana saya nak beli barang dapur dan barang keperluan Zulqarnain,” katanya.
Beliau tidak pernah melatah sekali pun dengan dugaan yang menimpa keluarganya. Bahkan Nordin menganggap ini merupakan satu rahmat dan rezeki yang dikurniakan kepada keluarga beliau.
Gelagat comel adik Zulqarnain menyuapkan air kepadanya
“Alhamdulillah, hari ini saya hanya menjadi asbab kepada bantuan yang diberikan kepada keluarga ini. Sumbangan rakyat Malaysia yang tidak putus-putus kepada MAPIM Malaysia membuatkan keluarga ini terus cekal dalam menghadapi dugaanya.
“Kami sampaikan beberapa barang keperluan asas seperti, kotak bantuan makanan MAPIM Malaysia, susu formula untuk adik Zulqarnain, susu minuman UHT Milo dan juga sedikit wang saku untuk digunakan oleh Nordin sekeluarga.
Aiman juga turut menyampaikan ucapan ribuan terima kasih kepada rakyat Malaysia kerana cakna akan nasib ummah disekeliling mereka.
Didoakan agar Nordin sekeluarga akan terus cekal mengharungi hari hari yang akan datang.
—————————————————————————————————————————–
AYUH KITA LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA UNTUK NEGARA
MAPIM Malaysia dengan rendah hati merayu orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan kesusahan dalam negara.
Sumbangan infaq boleh disalurkan menerusi
Akaun Maybank
562263540066
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
HOTLINE MAPIM MALAYSIA jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038
Ikuti update terkini di Telegram rasmi MAPIM Malaysia, klik link dibawah
https://t.me/MapimMalaysia