Oleh: Izz Nazaruddin, wartawan pelatih
TEBING BARAT: Seorang peguam Palestin meninggal dunia selepas tentera Zionis Israel melepaskan tembakan ke arahnya dalam satu insiden yang berlaku di Tebing Barat.
Menurut laporan Menteri Kesihatan Palestin, mangsa, Mohammed Assaf, 34, telah terbunuh dalam serangan ketenteraan di Nablus dalam satu protes yang dilancarkan oleh rakyat Palestin.
Tentera Zionis menggali kubur di kawasan perkuburan yang dipercayai oleh rakyat Palestin merupakan kubur seorang ulama, Sheikh Yousef Dweikat manakala Israel percaya ia merupakan makan Nabi Yusof, lalu mencetuskan protes oleh rakyat Palestin.
Assaf, seorang peguam dari unit anti-penjajah dari Organisasi Pembebasan Palestin (PLO) menghantar sepupunya ke sekolah telah berhenti kemudian melihat protes itu dan terbunuh selepas tentera Zionis melepaskan tembakan ke arahnya.
Tentera Zionis telah mengawal makam itu sementara aktiviti penggalian sedang dijalankan.
Mereka berkata ratusan rakyat Palestin mempertahankan diri mereka dan kemudian tentera Israel membalas serangan dengan senjata api.
Menurut Kementerian Kesihatan Palestin, tujuh orang telah tercedera terkena tembakan manakala dua orang daripadanya berada dalam keadaan kritikal.
Menteri Luar palestin berkata, Israel perlu tanggungjawab sepenuhnya dengan perlakuan dari kententeraan mereka.
Diterjemah dari: Middle East Monitor
MASA UNTUK BERTINDAK
MAPIM Malaysia merayu infaq rakyat Malaysia untuk rakyat Palestin. Boleh terus salurkan ke
https://www.billplz.com/tabungkilatgaza
ATAU
menerusi Akaun Maybank
Dana MAPIM :
5628 3463 6620
MAPIM Malaysia boleh dihubungi
menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia