Covid19KesihatanSemasa

Lebih 130,000 kanak-kanak di Malaysia lengkap vaksin COVID-19

Oleh : Wartawan Pelatih, Hasanah Yusof

KUALA LUMPUR: Seramai 132,390 kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun telah melengkapkan vaksinasi COVID-19 di bawah Program Imunisasi Kanak-Kanak COVID-19 Kebangsaan (PICKids) setakat semalam.

Berdasarkan laman web COVIDNOW, seramai 1,365,915 kanak-kanak dalam kumpulan umur bersamaan 38.4% daripada populasi mereka, telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Manakala bagi remaja berumur antara 12 dan 17 tahun seramai 2,860,287 individu atau 91.9% daripada populasi mereka telah lengkap vaksinasi dan sebanyak 2,961,642 individu, iaitu 95.2% telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sementara itu, sebanyak 67.7% daripada populasi dewasa ialah 15,922,033 individu telah menerima dos penggalakan COVID-19, dan 22,957,184 individu bersamaan 97.6% telah meyelesaikan vaksinasi, dan sebanyak 23,234,427 atau 98.8% telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Dalam pada itu, sejumlah 38,820 dos vaksin telah dikeluarkan semalam yang melibatkan 4,076 sebagai dos pertama, 28,469 sebagai dos kedua dan 6,272 sebagai dos penggalak, yang menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin yang ditadbir di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaa (PICK) kepada 69,221,321.

Menurut GitHub Kementerian Kesihatan, 12 kematian akibat COVID-19, dilaporkan di Malaysia semalam, dengan Sarawak mencatatkan lima kes tertinggi iaitu Perak dengan dua kes dan masing-masing satu kematian di Johor, Kedah, Kelantan, Selangor dan Kuala Lumpur.

-AGENSI

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button