Covid19Semasa

Program Ihya Ramadan MAPIM Malaysia mendapat sambutan menggalakkan.

Oleh : Wartawan Pelatih, Hasanah Yusof

BANGI : Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) telah menganjurkan Program Ihya Ramadan 1443H dengan kerjasama Masjid Al Hasanah, pada hari ini.

Program itu bertujuan membantu golongan asnaf yang terjejas daripada segi ekonomi akibat pandemik COVID-19 di samping mengimarahkan masjid, dan merapatkan hubungan silaturahim antara MAPIM Malaysia dan masyarakat setempat khususnya golongan asnaf.

Menurut Setiausaha Agung MAPIM Malaysia, PPj Bersekutu (PA), Tuan Zulhanis Zainol, program yang julung kali diadakan pada hari ini ialah Mobile Kitchen MAPIM, dengan memberikan iftar secara percuma kepada orang ramai.

“Selepas iftar, program akan disambung dengan solat isyak dan tarawih 20 rakaat yang akan diimamkan oleh Imam Syria dan kemudian pengagihan bubur lambuk serta 400 naskah Al-Quran kepada masyarakat di sekitar Bangi.

“MAPIM Malaysia, akan meneruskan program-program sebegini pada masa akan demi membantu golongan asnaf yang memerlukan di samping menyantuni mereka,” ujar beliau.

Selain itu, pihak MAPIM menyediakan Mobile Kitchen bagi mengagihkan sebanyak 2,000 bungkus bubur lambuk serta 500 pek makanan untuk berbuka puasa kepada masyarakat setempat.

Menurut, wakil pihak pengurusan Masjid Al Hasanah, program ini merupakan satu inisiatif yang baik bagi membantu golongan asnaf yang dalam kesusahan.

“Seperti yang kita tahu ramai orang yang telah ditimpa kesusahan terutamanya ketika pandemik COVID-19.

“Anjuran program seperti ini perlu diteruskan pada masa akan datang supaya dapat menjalinkan ukhwah sesama umat Islam dan sebagai tanda ingatan kepada golongan asnaf yang kurang bernasib baik,” katanya ketika ditemu bual.

Walaupun penganjuran program ihya Ramadan ini dilakukan ketika pandemik, MAPIM Malaysia sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan dan mewajibkan setiap petugas mereka menjalani Swab Test sebelum dan selepas program.

 

AYUH KITA LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA UNTUK NEGARA

MAPIM Malaysia dengan rendah hati merayu orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan kesusahan dalam negara lanjutan lock down dan covid-19. Ramai hilang pekerjaan dan dibebani dengan ujian

Sumbangan infaq boleh disalurkan menerusi

Akaun Maybank
562263540066
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM

HOTLINE MAPIM MALAYSIA
jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button