Dunia

Masjid pertama Islam, Masjid Quba akan dinaik taraf

RIYADH : Masjid pertama yang dibina oleh Nabi Muhammad SAW, Masjid Quba akan dibesarkan sepuluh kali ganda daripada saiznya sekarang ini, menurut Kerajaan Arab.

Putera Mahkota Saudi, Putera Mohammed Salman pada Khamis (7 April) masjid di Madinah itu akan dibesarkan kepada 50,000 meter persegi, sekali gus menjadikan projek baharu itu pembangunan terbesar dalam sejarahnya.

“Dinamakan sempena nama raja Saudi, Raja Salman, projek itu bertujuan untuk meningkatkan kapasiti masjid kepada 66,000 jemaah bagi  menampung jumlah jemaah terbesar semasa musim puncak.

“Ia juga bertujuan untuk menonjolkan kepentingan keagamaan masjid sambil mengekalkan gaya seni binanya, serta monumen yang terletak berhampiran masjid,” jelas Putera Mohammed.

Pada tahun 622 Sebelum Masihi (SM), masjid Quba telah dibina di Madinah yang terletak 5 kilometer di selatan Masjid Nabawi.

Terdapat halaman berlorek di empat sisinya, yang akan menyambung ke ruang solat yang tidak berstruktur dengan bangunan masjid semasa.

Menurut Putera Mohammed lagi, projek itu meningkatkan kecekapan mercu tanda untuk pengalaman beribadat dan budaya pengunjung.

“Masalah kesesakan serta peningkatan tahap keselamatan jemaah merupakan antara objektif utama projek baharu itu dilaksanakan, dan system jalan raya berhampiran akan menyaksikan rombakan bagi memudahkan akses ke masjid.

“Kerja-kerja pemulihan beberapa tapak dan monumen kenabian di dalam masjid dan halamannya dipelihara.

“Sebanyak 57 tapak, termasuk telaga, ladang dan kebun, akan dibangunkan atau dipulihkan sebagai sebahagian daripada projek itu,” ujarnya.

Semasa lawatannya ke Madinah, Putera Mohammed mendirikan solat di Masjid Nabawi, selain solat di Raudah, sebuah tempat yang terletak di antara Kamar Suci (dikenali sebagai rumah Nabi), dan Mimbar Nabi (atau mimbar).

Putera mahkota yang diiringi oleh Gabenor Madinah, Putera Faisal Salman dan beberapa pegawai kanan turut melawat dan bersolat di Masjid Quba.

Sahl ibn Hunaif RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ تَطَهَّرَ فِي بَيْتِهِ ثُمَّ أَتَى مَسْجِدَ قُبَاءٍ فَصَلَّى فِيهِ صَلاَةً كَانَ لَهُ كَأَجْرِ عُمْرَةٍ

Maksudnya: “ Sesiapa yang pergi ke Masjid Quba’ dari rumahnya dalam keadaan berwuduk dan solat sunat dua rakaat di dalam masjid berkenaan, ganjarannya adalah satu pahala umrah.

Riwayat Ibn Majah (1412)

– AGENSI

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button