Golongan pelarian ucap syukur terima bantuan dari MAPIM Malaysia dan TDV
Oleh : Wartawan Pelatih, Hasanah Yusof
KAJANG : Kerjasama antara Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) Malaysia dengan Türkiye Diyanet Vakfi (TDV), bukanlah perkara baharu kerana ini merupakan tahun kelapan mereka bersama dalam program bantuan ini.
Program sempena Ramadan ini dianjurkan bagi membantu pelarian di Malaysia, dan kotak makanan yang disediakan telah diagih mengikut kawasan di Selangor.
Program ini memberi manfaat kepada lebih kurang 250 warga pelarian di Ampang dan kebanyakan daripada mereka mempunyai ahli keluarga yang ramai.
Zahidah Mohd Ismail, 23, berkata, ini adalah kali keempat beliau menerima bantuan dariada MAPIM MALAYSIA dengan kolaborasi TDV .
“Saya bukanlah seorang ketua komuniti, tetapi saya mewakili warga pelarian memohon pertolongan daripada MAPIM Malaysia untuk membantu kami supaya dapat meringan beban dia atas kesengsaraan yang mereka alami,” ujar Zahidah ketika ditemu bual UMMAHToday.
Menurut Zahidah, walaupun ada antara mereka yang lahir dan membesar di Malaysia, pelbagai cabaran terpaksa dihadapi demi meneruskan kelangsungan hidup.
“Semua perkara adalah mencabar. Pertama sekali ialah akademik, saya tidak dapat meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.
“Kedua ialah, perubatan iaitu kos bayaran yang agak tinggi. Sebagai contoh, kos bersalin mereka sekurang-kurang perlu membayar maksimum RM 3,000 kepada pihak hospital,” kata Zahidah.
Selain itu, dia juga risau akan perihal kanak-kanak pelarian, kerana walaupun dilahirkan di Malaysia dan mempunyai sijil kelahiran Malaysia, kanak-kanak ini masih tidak berpeluang bersekolah di mana-mana institusi sekolah rendah ataupun tadika.
Salah seorang penerima iaitu ketua komuniti bagi pihak pelarian kawasan Kajang, Anam Ullah Abdul Bashar, berkata beliau sudah tinggal di Malaysia selama 15 tahun dan mengucapkan rasa syukur apabila ada pihak yang sanggup membantu mereka yang dalam kesusahan terutamanya ketika bulan Ramadan ini.
“Ribuan terima kasih kepada MAPIM Malaysia, TDV, ada orang yang terlibat kerana sudi membantu kami,” kata beliau.
Justeru itu, kolaborasi antara MAPIM Malaysia dan pihak TDV perlu diteruskan untuk kelangsungan hidup masyarakat di sini kerana ada antara mereka tiada pendapatan tetap.
“Apa yang mereka dapat pada waktu pagi akan habis pada waktu malam kerana membeli barang-barang makanan. Sekurang-kurangnya dengan sedikit bantuan dapat meringankan beban mereka.
“Terima kasih MAPIM, TDV dan semua yang menolong untuk meringankan beban, syukur Alhamdulillah” ujar Zahidah.
____________________________________________________________________________________________________________________
AYUH KITA LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA UNTUK NEGARA
MAPIM Malaysia dengan rendah hati merayu orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan kesusahan dalam negara lanjutan lock down dan covid-19. Ramai hilang pekerjaan dan dibebani dengan ujian
Sumbangan infaq boleh disalurkan menerusi
Akaun Maybank
562263540066
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
HOTLINE MAPIM MALAYSIA
jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038