Covid19KemanusiaanRohingyaSemasa

MAPIM Malaysia dengan kerjasama TDV bantu warga pelarian sempena Ramadan

Oleh : Wartawan Pelatih, Hasanah Yusof

KAJANG : Ramadan kali ini, MAPIM Malaysia dengan kolaborasi Türkiye Diyanet Vakfi (TDV) memberi bantuan pek makanan kepada warga pelarian.

Sejumlah 200 pek makanan disediakan dan diagihkan mengikut daerah yang didiami oleh warga pelarian iaitu di kawasan Ampang dan Kajang.

Menurut Setiausaha Agung MAPIM Malaysia, PPj Bersekutu (PA) Tuan Zulhanis bin Zainol, program ini bertujuan menyantuni mereka yang terbeban akibat kesan pandemik Covid-19. Sehubungan itu, pada program ini MAPIM menyampaikan infaq daripada penyumbang kepada golongan tersebut.

Program kemanusiaan yang dianjurkan sebenarnya ingin membantu warga pelarian yang dalam kesusahan dan setiap makanan yang diberi adalah tajaan penuh negara Turki.

“Kerjasama dengan TDV perlu diperluaskan kerana ramai lagi warga pelarian yang masih dalam kesusahan terutamanya pada bulan Ramadan. Selain terkesan dengan kos sara hidup yang tinggi, kita mengharapkan sokongan dan dokongan daripada seluruh masyarakat dunia terutamanya daripada TDV yang akan diteruskan sepanjang masa,” ujar beliau ketika ditemu ramah.

Program yang dianjurkan demi membantu golongan pelarian juga turut disertai oleh sukarelawan TDV, Abdullah. Beliau sama-sama turun ke lokasi untuk membantu memberikan bantuan pek makanan bersama MAPIM Malaysia.

“Untuk Malaysia kami telah menyediakan sebanyak 400 pek makanan yang akan diagihkan mengikut negeri iaitu Kedah dan Selangor yang masing-masing akan berjumlah 200 pek makanan untuk diberikan kepada warga pelarian.

“Program ini bertujuan untuk merapatkan hubungan silaturahim, di samping menunjukkan tanda kasih sayang sesama umat Islam terutamanya pada bulan Ramadan di antara MAPIM Malaysia, TDV dan warga pelarian,” kata Abdullah.

Mengikut laporan yang dibuat, Malaysia merupakan salah satu negara yang didiami oleh ramai warga pelarian dan bukan sahaja tidak dapat menampung keperluan hidup, mereka juga sering dipandang sebelah mata oleh sesetengah individu.

Selain itu, Abdullah menyatakan, mereka perlu dibantu dari segi kewangan dan makanan supaya dapat menjalani kehidupan harian mereka dengan lebih baik dan kerjasama antara pihak TDV dan MAPIM Malaysia perlulah diteruskan pada masa akan datang.

________________________________________________________________________________________________________________________

AYUH KITA LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA UNTUK NEGARA

MAPIM Malaysia dengan rendah hati merayu orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan kesusahan dalam negara lanjutan lock down dan covid-19. Ramai hilang pekerjaan dan dibebani dengan ujian

Sumbangan infaq boleh disalurkan menerusi

Akaun Maybank
562263540066
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM

HOTLINE MAPIM MALAYSIA
jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button