Dunia

Gabenor Baitulmaqdis, Adnan Ghaith ditahan tentera Israel

BAITULMAQDIS : Gabenor Baitulmaqdis, Adnan Ghaith telah ditahan oleh tentera Israel pada Selasa.

Menurut kenyataan pejabat gabenor, beliau ditahan di rumahnya yang terletak di bandar Silwan, Baitulmaqdis Timur.

Portal Palestine Chronicle melaporkan selepas Adnan ditahan selama beberapa jam, pihak berkuasa Israel memperbaharui larangan untuk memasuki Tebing Barat selepas enam bulan sebelum pembebasannya.

Dalam pada itu, larangan itu bertujuan menghalang Ghaith daripada berhubung dengan pegawai Palestin.

Untuk rekod, sejak beberapa tahun lalu, tentera Israel sering menahan Ghaith dan melarang beliau memasuki Tebing Barat.

– AGENSI

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button