Sukarelawan bantu baik pulih Al-Quran rosak pada bulan Ramadan
Oleh : Wartawan Pelatih, Hasanah Yusof
TRIPOLI : Sekumpulan sukarelawan membaik pulih Al-Quran yang lapuk atau rosak di saat Libya dilanda perang saudara pada bulan Ramadan.
Menurut Khaled Al-Drebi yang merupakan seorang pembaik pulih kita suci Al-Quran yang terkemuka di Libya, setiap hari mereka akan pergi ke bengkel Tripoli untuk penuhi kehendak pelanggan yang semakin meningkat pada bulan Ramadan.
Menurut beliau, pembelian Al-Quran meningkat menjelang bulan Ramadan. Namun, baru-baru ini, keadaan di Libya sudah berubah.
“Untuk orang ramai, tradisi ini sudah terjejas dengan kenaikan harga Al-Quran terutama sejak negara ini menghentikan pencetakan kitab suci di Libya,” kata beliau.
Walaupun begitu, kos bukanlah salah satu faktor darinya kerana kitab suci Al-Quran lama mempunyai nilai sentimental yang tersendiri dan Drebi berkata, ia ada suatu hubungan yang rohani untuk sesetengah pelanggan.
“Ramai pelanggan memilih untuk memelihara Al-Quran yang diturunkan daripada saudara-mara dan ada di antara mereka juga berkata AL-Quran terbabit ada bau datuk atau ibu bapa mereka,” ujar Drebi.
Tambahan pula, masa yang diambil untuk memulihkan Al-Quran yang rosak adalah kurang satu jam dan Al-Quran yang mengalami kerosakan teruk akan mengambil masa dua jam atau lebih.
Penyelia bengkel, Mabrouk Al-Amin, berkata, proses pemulihan Al-Quran memerlukan sejumlah pekerja yang mahir.
“Bekerja dengan kitab suci sangat seronok dan kami tidak akan bosan kerana ada keseronokan yang tidak ternilai ketika melakukan pekerjaan ini,” kata beliau.
Dalam pada itu, menurutnya sejak kebelakangan ini, semakin ramai wanita menjadi sukarelawan membaik pulih kita suci Al-Quran.
Khadija Mahmoud, salah seorang sukarelawan mengadakan sesi Latihan untuk Wanita yang cacat penglihatan.
“Kerja membaik pulih kitab suci itu sudah membuka laluan kepada ramai wanita untuk mengisi masa terluang dengan pekerjaan yang begitu bermakna,” kata beliau.
Ramadan merupakan bulan suci bagi umat Islam di mana setiap individu mendekatkan diri dengan Allah dan mereka akan berpuasa daripada terbit hingga terbenam matahari.
Selain itu, umat Islam pada bulan ini juga akan mengerjakan ibadah serta amal jariah, sekali gus meningkatkan pembelian Al-Quran.
-AGENSI