SirahSyariah

Mengejar keindahan Ramadan

Umat Islam serata dunia sedang menyiapkan pelbagai persediaan di ambang Ramadan justeru tidak terlepas untuk mengejar keindahan bulan Ramadan.

Ibadah berpuasa merupakan sebuah kewajipan bagi seluruh umat Islam dan merupakan sebuah perintah dari Allah Subhanallah. Berpuasa pada bulan Ramadan juga merupakan salah satu daripada rukun Islam.

Perintah ini tertulis dalam kitab Al-Quran surah Al- Baqarah ayat 183, 184,185 dan 187.

Ayat 183 menerangkan tentang perintah Allah untuk mewajibkan berpuasa kepada orang yang beriman.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.” (QS. Al- Baqarah :183)

Apabila sebut tentang Ramadan, perkataan Tarawih itu tidak akan lari dari sebutan orang.

Solat Tarawih merupakan solat sunat selepas solat Isyak yang hanya ada di bulan Ramadan sahaja. Solat sunat Tarawih boleh dilakukan antara empat rakaat sehingga 20 rakaat.

Tarawih ertinya berisitirehat kerana solat ini distertakan dengan sesi istirehat selepas selesai solat empat rakaat sebelum menyambung lagi empat rakaat.

Dalam riwayad Hadith Al-Bukhari, Abu Hurairah berkata

عن أبي هريرة رضي الله عنه، أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال‏:‏ ‏ “‏من قام رمضان إيمانًا واحتسابًا غفر له ما تقدم من ذنبه‏”‏‏.‏ ‏(‏‏(‏متفق عليه‏)‏‏)‏

“ Barangsiapa yang mendirikan solat sunat (Solat sunat Tarawih) sepanjang Ramadan kerana keimanan dan mengharapkan keredaan Allah SWT, akan diampuni dosanya yang telah lalu,”

Solat Sunat Tarawih ini merupakan sebuah keistimewaan dan keindahan yang hanya ada pada bulan Ramadan serta merupakan peluang sebagai seorang Muslim untuk mengejar pahala dan kebaikkan pada bulan Ramadan.

Tetapi antara perkara yang terindah di bulan Ramadan yang dikejar ramai umat Islam ialah malam Lailatul Qadr.

Malam Lailatul Qadr merupakan satu malam daripada satu bulan Ramadan yang istemewa di mana malam itu lebih baik daripada 1000 bulan.

Allah SWT menurunkan Surah Qadr yang menyatakan kelebihan malam Lailatul Qadr.

“Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatulqadar, dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam Lailatulqadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!”

Bulan Ramadan merupakan bulan yang dinanti dan dirindui oleh orang beriman setiap tahun kerana kebesaran dan keindahannya yang diberikan oleh Allah SWT untuk umat Islam.

Oleh : Izzul Nazaruddin, wartawan  pelatih Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button