DuniaSemasa

Serangan terhadap kemudahan awam di kecam

Ankara  – Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres mengecam serangan ke atas kemudahan awam di Arab Saudi dan Yaman pada sabtu lalu.

“Setiausaha Agung itu mengutuk sekeras-kerasnya serangan udara Houthi ke atas kemudahan tenaga dan fasiliti awam di Arab Saudi pada Jumaat serta serangan balas di Sana’a, sehingga mengorbankan lapan orang awam, termasuk lima kanak-kanak dan dua wanita,” lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan Stephane Dujarric.

Kawasan kediaman kakitangan PBB di Sanaa berlaku kerosakan disebabkan oleh serangan udara.

“Setiausaha Agung menyeru supaya siasatan dapat dilaksanakan segera dan telus bagi mengesan pelakunya,” menurut kenyataan itu.

Guterres mengulangi gesaan agar semua pihak menghentikan sebarang provokasi, meredakan pertelingkahan dan mematuhi undang-undang antarabangsa, termasuk prinsip perbezaan, perkadaran dan pencegahan.

Pada jumaat lalu, puak pemberontak Houthi di Yaman mengaku bertanggungjawab melakukan serangan dron dan peluru berpandu ke atas kemudahan tenaga Arab Saudi.

Serangan menyasarkan kemudahan penyimpanan minyak Syarikat Aramco itu mengakibatkan dua tangki simpanan terbakar.

Susulan tindakan itu, sebuah pakatan diketuai Arab Saudi melancarkan operasi ketenteraan di Yaman, termasuk Sanaa dan bandar pelabuhan Laut Merah al-Hudaydah yang dikuasai Houthi.

-Agensi

Oleh Azrina Amri – Wartawan Pelatih Ummah Today 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button