Permohonan komputer riba, tablet percuma dibuka kepada pelajar IPT B40 mulai 15 April
SANDAKAN : Permohonan untuk mendapatkan tablet atau komputer riba percuma akan dibuka kepada semua pelajar institusi pengajian tinggi (IPT), kolej swasta, politeknik atau pelajar kolej komuniti pada 15 April ini.
Menteri Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata, pengagihan melalui tiga fasa akan dibuat Jun depan dengan sebanyak sebanyak 450,000 peranti dijangka diedarkan tahun ini.
Beliau berkata bermula 15 April kementerian akan membuka satu portal dalam talian, di mana pelajar termasuk di luar bandar daripada kumpulan berpendapatan rendah (B40) boleh membuat permohonan
Menurutnya, keutamaan diberikan kepada yang menerima tawaran masuk universiti atau sedang belajar di politeknik atau kolej komuniti.
“Mulai 15 April ini buat saja permohonan kepada kementerian secara online (dalam talian) dan kerajaan akan berikan tablet percuma,” katanya.