DomestikSemasa

Mobile Clinic MAIWP-MAPIM kini tiba di PPR Sri Aman, KL

KUALA LUMPUR : Dengan kerjasama antara Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dalam menghasilkan sebuah klinik bergerak semakin mendapat perhatian masyarakat.

Program Mobile Clinic MAIWP digerakkan ke lokasi yang ke-13 di PPR Sri Aman, Taman Aman Putra, Jinjang Utara, Kuala Lumpur, hari ini.

Kedatangan penduduk pada hari pertama ini, dicatatkan seramai lebih 51 pesakit bagi membuat rawatan luka kecil dan pemeriksaan kesihatan secara percuma.

Semua pesakit yang dirawat, adalah berbilang bangsa dalam kalangan golongan muda dan warga emas.

Tujuan utama program ini adalah untuk terus memberikan yang terbaik dalam bidang perubatan dan pemeriksaan kesihatan kepada masyarakat terutamanya golongan emas, asnaf atau mangsa bencana.

Mobile Clinic MAIWP-MAPIM ini memberikan ganjaran manfaat yang besar kepada masyarakat.

Mobile Clinic MAIWP-MAPIM akan meneruskan lagi khidmat perubatan dan rawatan ke kawasan-kawasan perumahan lain bagi menyantuni dan memberi pemeriksaan kesihatan kepada penduduk terutamanya golongan asnaf.

Hasil Penulisan Zairul Azmir

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button