NEW DELHI: Seorang Duta India ke Palestin, Mukul Arya telah ditemui meninggal dunia di tempat kerjanya di Ramallah pada hari ahad lalu.
Menteri Luar Negeri dan Ekspatriat, Riyad Al- Maliki, menzahirkan ucapan takziah kepada rakan sekerjanya, Subrahmanyam Jaishankar dan kepada keluarga Mukul Arya serta saudara-maranya.
Menurut laporan agensi berita Palestin WAFA, Kementerian Luar India telah menjalinkan hubungan rasmi dengan Kementerian Luar Negeri dan Ekspatriat bagi menyelesaikan urusan pengankutan jenazah ke Republik India untuk pengebumian.
Tambahan pula, Menteri Luar India, Subrahmanyam Jaishankar meluahkan rasa terkejut berkenaan insiden tersebut menerusi ciapan di Twitternya dan menyifatkan Mukul merupakan seorang pegawai yang bijak dan berbakat.
Sebelum ini, Mukul Arya telah berkhidmat di perwakilan Tetap India ke UNESCO di Paris serta dikedutaan di Kabul dan Moscow dan telah menyertai Perkhidmatan Luar India pada tahun 2008.
-Agensi
Oleh Nur Azrina Amri – Wartawan Pelatih Ummah Today