KUALA LUMPUR : Beberapa kawasan di ibu negara terkesan dengan banjir kilat pada petang Isnin, menurut Info Trafik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi ciapan di laman twitter rasminya hari ini.
Setakat ini, kawasan yang terlibat adalah Terowong Tabung Haji, Terowong Chan Sow Lin, Jalan Pudu, Jalan Sri Permaisuri, Jalan Tun Razak dan Jalan Pahang.
Terkini, video yang dimuatnaik di media sosial menunjukkan keadaan banjir kilat di Jalan Kuchai Lama.
JUST IN : Certain parts of Kuala Lumpur is currently flooded.
🔴 Kuchai Lama is one of the areas flooded.
🔴 An official from Nadma also confirmed the matter that certain parts of KL is flooded to me
🎥: Social media #banjir pic.twitter.com/EmTPfIO6Wg
— Elill (@Elill_E) March 7, 2022
Kesas highway right now 😱 belakang rumah i 😱 #banjir #kesas #bukitjalil pic.twitter.com/xmdMRRpquG
— idk (@musfrhn) March 7, 2022
Wei.. Parah ni weh… Lagi PARAH TENGOK SAMPAH TU.#Banjir #Banjir2022 #BanjirKilatKL pic.twitter.com/VxVICiP0F3
— Dean of Deen : (@Mulut_Cabai) March 7, 2022
Dalam pada itu, Pusat Kawalan SMART dalam satu perkongsian di Twitter rasminya memberitahu mereka telah menutup terowong bagi mengaktifkan operasi banjir.
Menurutnya, air Sungai Klang dan Sungai Ampang telah dilencongkan ke Kolam Takungan Berembang, Kampung Berembang di ibu negara.
Air Sg. Klang/Sg. Ampang telah delencongkan ke Kolam Takungan Berembang.
Mode 2 telah diaktifkan pada jam 1558hrs.
Kadar alir di pertemuan dua sungai tersebut adalah 70.00 cumecs. @ Pusat Kawalan SMART JPS https://t.co/CaZVxzHIZ5
— Pusat Kawalan SMART JPS (@jps_smart) March 7, 2022
1644HRS Terowong SMART di TUTUP SEPENUHNYA bagi persediaan operasi banjir. #SMARTTunnel #1stdualpurposetunnelintheworld #SMARTshares pic.twitter.com/bMholGAoJw
— Smart Tunnel (@Smarttunnel) March 7, 2022
Berita lanjut akan menyusul…