KUALA LUMPUR: Kementerian Haji dan Umrah (MoHU) Saudi mengumumkan permohonan permit mengerjakan ibadah umrah sepanjang Ramadan dibuka bermula semalam.
Selain itu, permohonan boleh dilakukan melalui aplikasi Eatmarna dan Tawakkalna.
Menerusi kenyataan Kementerian itu yang dimuat naik di laman Twitter rasminya berkata, ini bagi memudahkan bakal jemaah umrah Ramadan menyusun perancangan mereka lebih awal.
Bagaimanapun, jemaah diingatkan untuk membatalkan permohonan terdahulu dan membuat permohonan baharu, kepada mereka yang mahu menukar tarikh tempahan permit, menurut kementerian.
“Langkah ini bagi memberi peluang sama rata kepada jemaah lain membuat tempahan,” katanya.
Kenyataan itu berkata, 12 slot sehari akan ditambah berbanding lapan slot sebelum ini bagi slot tempahan umrah pada Ramadan. – BERNAMA
Oleh Faiz Danial – Wartawan Pelatih Ummah Today