BanjirDomestikSemasa

Hulu Terengganu, Dungun masih terjejas

KUALA TERENGGANU: Hanya seramai 5,112 orang daripada 1,272 keluarga masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS), menyebabkan jumlah mangsa banjir di Terengganu, semalam terus berkurang.

Setakat jam 10 malam tadi, kesemua mangsa itu ditempatkan di 20 PPS di Hulu Terengganu dan Dungun.

Selain itu, banjir di Kuala Terengganu dan Kemaman pulih sepenuhnya selepas PPS di daerah berkenaan ditutup jam 5 petang semalam.

Pada jam 9 malam tadi, ia diikuti penutupan dua lagi PPS di Kuala Nerus yang menempatkan 33 mangsa daripada tujuh keluarga.

Berdasarkan laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu, Hulu Terengganu merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu seramai 4,804 orang daripada 1,200 keluarga yang ditempatkan di 16 PPS.

Bagaimanapun, ia menunjukkan sedikit penurunan berbanding petang semalam iaitu seramai 4,846 mangsa daripada 1,213 keluarga dipindahkan ke 19 PPS.

Di Dungun, seramai 308 mangsa daripada 72 keluarga masih berada di empat PPS.

Oleh Faiz Danial – Wartawan Pelatih Ummah Today

Related Articles

Back to top button