Dunia

Diskriminasi Greece terhadap minoriti Islam Turki langgar undang-undang EU

ATHENS : Parti politik Eropah mengkritik Greece berikutan dasar diskriminasinya terhadap minoriti Muslim Turki dan mendakwa bahawa ia melanggar kewajipan negara di bawah undang-undang Kesatuan Eropah.

Menerusi surat yang dihantar kepada Suruhanjaya Eropah pada Rabu, presiden Perikatan Bebas Eropah (EFA), Lorena Lopez de Lacalle, bertanya tentang langkah yang akan diambil untuk memastikan minoriti Muslim Turki Greece boleh menuntut hak mereka dalam pendidikan tanpa menjejaskan perintah agama mereka, kata EFA dalam satu kenyataan.

Surat tersebut yang dihantar kepada Pesuruhjaya Eropah untuk Kesaksamaan Helena Dalli, menyatakan kebimbangan parti itu mengenai dekri baru-baru ini yang melarang sekolah rendah minoriti di wilayah di mana kebanyakan minoriti Muslim Turki Greece menutup awal pada Jumaat bagi membenarkan pelajar mereka menghadiri solat Jumaat.

“Menghalang pelajar sekolah daripada menghadiri solat Jumaat merupakan diskriminasi terhadap masyarakat Islam dan (terdapat) kebimbangan bahawa matlamat keputusan sedemikian adalah ‘asimilasi,'” kata kenyataan itu.

Untuk rekod, wilayah Thrace Barat Greece adalah rumah kepada komuniti Turki Muslim dengan populasi 150,000 orang.

Turki telah lama mengecam pencabulan hak orang Islam dan minoriti Turki oleh Greece seperti penutupan masjid dan menutup sekolah bagi menghalang orang Islam Turki memilih pemimpin agama mereka.

Perkara tersebut melanggar Perjanjian Lausanne 1923 serta keputusan Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah (ECHR), menjadikan Greece sebuah negara yang melanggar undang-undang, kata pegawai Turki.

-AGENSI

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button