BanjirDomestikSemasa

Misi Bantuan Banjir Pantai Timur MAPIM kini di Terengganu, kontena barang bantuan selamat sampai ke lokasi banjir

DUNGUN : Misi Bantuan Banjir Pantai Timur yang digerakkan oleh Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) masih belum berakhir, selepas negeri Kelantan, hari ini mereka tiba ke negeri Terengganu bagi meneruskan misi kemanusiaan mereka.

Berdasarkan tinjauan, kawasan yang teruk terkesan adalah Kampung Kuala Jengai, di mana terjadinya insiden tanah runtuh sehingga menyebabkan dua jalan utama untuk  ke kampung itu ditutup, dan kini hanya satu jalan sahaja yang boleh digunakan.

 

Air limpahan dari sungai berdekatan Kampung Pasir Raja telah menyebabkan tiga kampung berdekatan telah ditenggelami air iaitu Kampung Pasir Raja, Kampung Kuala Jengai, Kampung Shukor.

Mangsa banjir di kawasan tersebut boleh menarik sedikit nafas lega selepas ketibaan kontena MAPIM Malaysia seawal jam 9 pagi tadi di Paka, Terengganu yang membawa sebanyak 1,000 kotak bantuan makanan.

Menurut Setiausaha Agung MAPIM Malaysia, PPj Bersekutu (PA) Zulhanis Zainol objektif mereka  ke bumi Terengganu ini adalah  membantu mereka yang terjejas akibat banjir terutamanya di kawasan Dungun.

“Pihak MAPIM bersama dengan MAPIM Rangers dan juga disertai oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) berganding bahu dalam menjayakan Misi Jelajah Pantai Timur Edisi Khas Banjir dalam berkhidmat bagi menghulur bantuan kepada mereka yang terjejas akibat banjir. Sebaik sahaja mendapat tahu mengenai bencana yang melanda Pantai Timur baru-baru ini, kami terus bersiap siaga dan melakukan persiapan sepenuhnya untuk turun padang meninjau lokasi yang terkesan dan menyampaikan bantuan berbentuk kotak makanan serta barangan keperluan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau juga memberitahu bahawa mereka sudah dalam keadaan siaga bagi menghantar bantuan ke kawasan di Lembah Klang yang  dikhuatiri akan sekali lagi dilanda bah besar ekoran ramalan hujan lebat yang akan melanda.

“MAPIM Malaysia sudah membuat perancangan dan sentiasa bersedia untuk hantar bantuan ke Lembah Klang selepas tamatnya Misi Pantai Timur ini, untuk makluman sudah ada aktivis sukarelawan yang mewakili MAPIM yang sentiasa akan bersiap sedia dibantu oleh MAPIM Rangers untuk menggerakkan anggota.


MAPIM Malaysia dengan rendah hati merayu sahabat peduli Ummah untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang sedang diuji dengan bencana banjir.
Sumbangan infaq boleh disalurkan menerusi
Akaun Maybank
562263540066
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button