BanjirDomestikSemasa

Jumlah mangsa banjir menurun di Terengganu

KUALA TERENGGANU: Jumlah mangsa banjir menurun kepada 11,571 orang daripada 2,961 keluarga di Terengganu, yang berlindung di 50 pusat pemindahan sementara (PPS), setakat jam 8 pagi tadi.

Sehubungan itu, ia berbanding dengan 14,753 mangsa banjir (3,829 keluarga) yang berlindung di 65 PPS, setakat jam 6 petang semalam.

Mangsa di PPS sekitar Marang dan Besut sudah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing pada kelmarin dan semalam, manakala enam daerah masih terjejas banjir.

Berdasarkan laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu, hari ini, semua daerah menunjukkan penurunan mangsa banjir, kecuali Setiu yang masih tiada perubahan.

Jumlah mangsa banjir yang tertinggi dicatatkan di Kemaman, dengan 4,967 mangsa (1,289 keluarga) masih berlindung di lapan PPS.

Di Dungun, 1,478 orang (399 keluarga) di 16 PPS manakala di Hulu Terengganu, 4,554 mangsa banjir (1,140 keluarga) berada di 18 PPS.

Di Kuala Nerus, empat PPS masih dibuka yang menempatkan 274 orang (77 keluarga), dan tiga PPS aktif di Kuala Terengganu membabitkan 237 mangsa banjir (55 keluarga).

Manakala, tujuh mangsa (satu keluarga) di Setiu pula kekal yang ditempatkan di sebuah PPS.

Oleh Faiz Danial – Wartawan Pelatih Ummah Today

Related Articles

Back to top button