DuniaPalestin

Tiga rakyat Palestin dibunuh tentera Israel dalam dua insiden berasingan

TEBING BARAT : Tiga rakyat Palestin dibunuh oleh zionis Israel dalam dua insiden berasingan Tebing Barat yang diduduki.

Menurut Kementerian Kesihatan Palestin, salah seorang mangsa, Ammar Shafiq Afifa maut selepas ditembak tentera Israel berhampiran bandar Beit Fajar.

Berdasarkan laporan agensi berita rasmi Palestin Wafa, Abu Afifa merupakan penduduk kem pelarian Al Aroub di utara Hebron di Tebing Barat yang diduduki.

Tentera Israel berkata “tentera pemerhati”nya telah mengenal pasti “dua suspek” berhampiran dengan penempatan haram Israel berhampiran Beit Fajar.

Dalam tragedi berasingan, tentera Israel membunuh dua rakyat Palestin sebelum terbit fajar pada Selasa dalam serbuan di utara Tebing Barat, kata polis sempadan Israel dan pihak berkuasa kesihatan Palestin.

Kementerian Kesihatan Palestin berkata dua lelaki terbunuh dalam pertempuran di kem pelarian Jenin. Wafa mengenal pasti mereka sebagai Abdullah al Hosari, 22, dan Shadi Khaled Najm, 18.

Tentera Israel menangkap Imad Jamal Abu al Heija, seorang tahanan yang dibebaskan, lapor Wafa.

Agensi berita itu berkata, pembunuhan dua rakyat Palestin itu mencetuskan “perarakan besar-besaran dan kemarahan” di Jenin.

Serbuan penangkapan itu adalah salah satu daripada beberapa serangan berprofil tinggi Israel baru-baru ini ke bandar-bandar Tebing Barat yang diduduki.

Bulan lalu, tentera Israel membunuh tiga rakyat Palestin semasa serbuan siang hari di bandar Nablus, Tebing Barat utara.

Untuk rekod, Israel menyerang dan menawan Tebing Barat dari Jordan dalam Perang Enam Hari 1967.

Sejak peristiwa tersebut mereka telah membina penempatan haram di seluruh wilayah yang dianggap telah melanggar di bawah undang-undang antarabangsa dan didiami kira-kira 475,000 peneroka haram tinggal di sana.


MASA UNTUK BERTINDAK!
Sumbangan anda untuk rakyat Palestin yang menderita sangat diperlukan.

Klik :
http://tabunggaza.com

ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :

5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button