DomestikSemasa

MAPIM gerakkan 4 buah kontena ke Pantai Timur

SEPANG : Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) bersama MAPIM Rangers telah menggerakkan anggota sukarelawan ke kawasan Pantai Timur yang dilanda banjir baru-baru ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MAPIM, (Dr.) Sani Araby Al-Kahery, MAPIM sekali lagi mengorak langkah bagi meluaskan lagi khidmat bantuan berskala besar dengan menyediakan empat kontena untuk diisi 10,000 kotak makanan.

“MAPIM telah dijemput menjadi peneraju logistik halal di mana kontena-kontena ini akan dihantar ke negeri sebagai persediaan negeri-negeri yang terkesan dengan banjir,” katanya.

Menurut (Dr.) Sani, perancangan yang strategik diperlukan sebelum menggerakkan misi kemanusiaan agar proses pengagihan bantuan dilaksanakan secara sistematik bagi mengurangkan bebanan mangsa.

“Hasrat MAPIM adalah dengan adanya kontena ini, diharapkan dapat mengurangkan masa mangsa banjir menunggu untuk mendapatkan bantuan.Pelaksanaan inisiatif ini adalah melalui pengalaman kami menjalankan misi kemanusiaan di luar negara dan sebagai siap siaga sebelum berlakunya apa-apa bencana pada masa akan datang,” menurutnya.

Kumpulan pertama telah bertolak ke Kelantan seawal jam 4 pagi semalam manakala kumpulan kedua telah mula bertolak hari ini dengan menaiki sebuah helikopter.

Misi Bencana Banjir Pantai Timur MAPIM ini dijangka akan berlangsung lebih kurang dalam masa seminggu.


MAPIM Malaysia dengan rendah hati merayu sahabat peduli Ummah untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang sedang diuji dengan bencana banjir.

Sumbangan infaq boleh disalurkan menerusi
Akaun Maybank
562263540066
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button