Covid19DomestikSemasa

COVID-19: Lebih 700,000 kanak-kanak telah divaksin

KUALA LUMPUR: Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) menerima kunjungan sebanyak 708,187 individu atau 19.9 peratus populasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun yang mendapatkan dos pertama vaksin COVID-19 di Malaysia, setakat semalam.

Berdasarkan data menerusi laman web COVIDNOW, sejumlah 14,365,114 individu atau 61.1 peratus populasi dewasa di negara ini telah menerima dos penggalak COVID-19.

Sehubungan itu, seramai 22,946,836 atau 97.5 peratus telah melengkapkan vaksinasi mereka, manakala 23,226,005 atau 98.7 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Seramai 2,799,784 orang atau 90 peratus populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula telah melengkapkan vaksinasi mereka, manakala 2,891,056 atau 92.9 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Jumlah kumulatif dos vaksin yang diberikan di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) adalah sebanyak 66,729,880 dengan vaksinasi harian semalam merekodkan 137,197 dos vaksin diberikan meliputi 47,994 dos pertama, 956 dos kedua dan 88,247 dos penggalak.

Sementara itu, menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan, 46 kes kematian akibat COVID-19 direkodkan semalam dengan Johor dan Kedah melaporkan lapan kes, diikuti Pahang dan Sabah (7), Selangor (6), Perak dan Pulau Pinang (3), Terengganu (2), manakala satu kes direkodkan masing masing di Negeri Sembilan dan Kelantan.

– BERNAMA

Oleh Faiz Danial – Wartawan Pelatih Ummah Today

Related Articles

Back to top button