Gempa bumi 6.2 magnitud di Indonesia dirasai di Malaysia
Beberapa kawasan di ibu negara Malaysia merasai gegaran itu
KUALA LUMPUR : Saat mendebarkan apabila beberapa kawasan di ibu negara kita merasakan sisa gegaran yang berlaku di Pekan Baru, Indonesia.
ia disahkan oleh Pusat Seismologi Euro-Mediterranean (EMSC) melalui satu ciapannya di Twitter.
#Earthquake (#gempa) confirmed by seismic data.⚠Preliminary info: M6.0 || 65 km NW of #Bukittinggi (#Indonesia) || 8 min ago (local time 08:39:29). Follow the thread for the updates👇 pic.twitter.com/CHDf8WM26d
— EMSC (@LastQuake) February 25, 2022
Gempa berlaku pada 17 km ke timur laut Pasaman Barat pada kedalaman 10 kilometer. Bagaimanapun ia tidak berpotensi menyebabkan tsunami.
Gegaran turut dirasai di beberapa kawasan di Lembah Klang, termasuk Kuala Lumpur, Port Klang dan Cyberjaya. Ia turut dikongsikan warga media sosial.
Jabatan Meteorlogi Malaysia Kementerian Alam Sekitar dan Air turut mengeluarkan kenyataan bagi mengesahkan kejadian tersebut.
Bedasarkan tinjauan UmmahToday, beberapa kawasan di Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur merasakan getaran tersebut. Ia memaksa beberapa kakitangan pekerja terpaksa keluar dari bangunan di sekitar itu.