DuniaSemasa

Harga minyak dunia melonjak cecah AS$100 setong

HONG KONG : Operasi ketenteraan yang dilaksanakan oleh Presiden Rusia, Vladimir Putin ke atas Ukraine telah memberikan kesan terhadap harga minyak dunia yang melonjak melepasi paras AS$100 (RM419.73) setong untuk pertama kali dalam tempoh tujuh tahun.

Perkara ini mencetuskan kebimbangan pelabur bahawa konflik berskala besar akan berlaku di rantau Eropah Timur susulan harga minyak mentah Brent meningkat kepada AS$100.4 (RM421.41) setong selepas pengumuman tersebut dibuat.

Putin membuat keputusan untuk menjalankan operasi khas bagi ‘melindungi’ wilayah Donbas, sebelum harganya turun semula di bawah ambang utama berkenaan.

“Saya membuat keputusan untuk melancarkan operasi ketenteraan,” katanya sambil berikrar bahawa akan bertindak balas terhadap sesiapa sahaja yang campurtangan dalam operasi Rusia.

Putin juga menggesa anggota tentera Ukraine  meletakkan senjata mereka.

Menurut Eksekutif Bank Nasional Australia, Tapas Strickland, harga minyak dunia meningkat sejak beberapa minggu lalu dan melepasi paras AS$100 hari ini buat kali pertama sejak September 2014.

“Ketegangan Rusia dan Ukraine menyebabkan permintaan mengejut bagi Eropah dan lebih penting lagi, stok bekalan yang lebih besar untuk seluruh dunia berikutan peranan penting kedua-dua Rusia dan Ukraine dalam komoditi tenaga,” katanya.

Rusia melancarkan pencerobohan besar-besaran dan menyasarkan beberapa bandar di Ukraine dengan serangan senjata.

Letupan kedengaran di di beberapa kawasan di ibu kota Ukraine Kyiv. Tembakan juga kedengaran berhampiran lapangan terbang utama ibu negara

– AGENSI

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button