Semasa

Asrama sekolah agama di Indonesia terbakar, lapan murid terkorban

JAKARTA : Kebakaran di asrama sebuah sekolah agama Indonesia meragut nyawa lapan murid, pada Isnin.

Kesemua mangsa berusia tujuh hingga tiga belas tahun, sedang tidur ketika kebakaran berlaku di tingkat dua Sekolah Agama Miftahul Khoirot di Karawang, Jawa Timur, menurut pihak berkuasa.

Menurut laporan agensi berita Kompas, Pesuruhjaya Polis Karawang Aldi Supartono berkata, siasatan pertama menunjukkan kejadian yang berlaku kira-kira jam 1 petang itu berkemungkinan berpunca daripada litar pintas.

Katanya, dua lagi pelajar cedera dalam insiden berkenaan dan kini sedang menerima rawatan di hospital.

Jelasnya lagi, siasatan kini dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

Pihak bomba mendapat panggilan kecemasan 30 minit selepas kebakaran bermula, dan anggota yang tiba di lokasi mengambil masa kira-kira 1 jam untuk memadam api.

-AGENSI

Related Articles

Back to top button