Dunia

Lebih 25,000 penduduk terjejas dalam kejadian gempa bumi di Guatemala

Gempa Guatemala: 25,000 penduduk terjejas, tiga maut

GUATEMALA CITY : Kawasan di barat Guatemala dilanda gempa bumi berukuran 6.2 skala Richter awal pagi semalam sehingga menyebabkan banyak kerosakan infrastruktur.

Seramai 25,000 penduduk terjejas dan sekurang-kurangnya tiga terkorban akibat serangan jantung ekoran kejadian gempa tersebut.

Seorang wanita berusia 50 tahun, meninggal dunia di perkampungan Mixco di barat Guatemala City, manakala dua lagi maut di utara baja Verapaz dan bandar Quetzaltenango.

Meskipun kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) menunjukkan gempa itu berukuran 6.2 Richter, namun pihak berkuasa Guatemala mengukurnya pada kekuatan 6.8 dan diikuti dengan gempa susulan sekuat 4.8.

Gempa itu berlaku pada kedalaman 84 kilometer dan berpusat di daerah Escuintla, kurang dari 100 kilometer ke barat daya Guatemala City.

Gempa itu menyebabkan 31,300 isi rumah terjejas serta beberapa insiden tanah runtuh, jalan retak, sejumlah kediaman rosak sehingga menyebabkan bekalan elektrik terputus.

Gegaran gempa itu boleh dirasa sejauh El Salvador sehingga ke tenggara Guatemala dan selatan Mexico.

Pasukan bomba turut melaporkan insiden tanah runtuh dan struktur jalan raya dari Guatemala City sehingga ke Antigua yang merupakan kawasan tumpuan pelancong.

-AGENSI

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button