BAITULMAQDIS : 17 individu warga Israel telah ditangkap kerana disyaki terlibat dalam serangan perkauman ke atas sebuah perkampungan Palestin di Tebing Barat yang diduduki bulan lalu, menurut polis.
Polis berkata, sekumpulan Israel Yahudi tersebut yang bersenjatakan batu, kayu mencederakan seorang rakyat Palestin dan merosakkan kedai, kenderaan dan harta benda di perkampungan Hawara di utara Tebing Barat pada 24 Januari lalu.
Suspek, yang tinggal di Tebing Barat, Baitulmaqdis dan utara Israel, sedang disiasat kerana melakukan “serangan, penglibatan dalam perhimpunan terlarang dan memusnahkan harta benda dengan motif perkauman,” kata polis.
Kumpulan hak asasi manusia mengatakan bahawa penduduk Tebing Barat Palestin sering diancam serangan oleh Yahudi Israel dan pelaku sering bebas kerana pasukan keselamatan Israel jarang mengambil tindakan.
Kumpulan hak asasi Israel B’tselem, yang memantau keganasan Tebing Barat, berkata pada November lalu bahawa ia telah mendokumenkan 451 insiden keganasan peneroka Yahudi ke atas rakyat Palestin sejak awal 2020.
Dalam 66 peratus kes di mana zionis menyerang rakyat Palestin, pasukan keselamatan Israel tidak melakukan penyiasatan dan melawat ke lokasi kejadian, kata B’tselem.
Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu merekodkan 410 serangan oleh penjajah Israel terhadap rakyat Palestin dalam tempoh 10 bulan pertama 2021, berbanding 358 pada 2020.
Untuk rekod, Israel telah menduduki Tebing Barat sejak Perang Enam Hari 1967.
Sejak itu, kira-kira 475,000 penjajah Yahudi telah berpindah ke wilayah itu, tinggal dalam komuniti secara haram di bawah undang-undang antarabangsa bersama hampir 2.9 juta rakyat Palestin.
-Al-Arabiya English
MASA UNTUK BERTINDAK!
Sumbangan anda untuk rakyat Palestin yang menderita sangat diperlukan.
Klik :
http://tabunggaza.com
ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :
5628 3463 6620
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia