Semasa

‘Uncle Kentang dijangkiti COVID-19 kategori 4

PETALING JAYA : Aktivis sosial popular Kuan Chee Heng atau lebih dikenali sebagai Uncle Kentang menghidap jangkitan Covid-19 Kategori 4 dan telah dimasukkan ke wad di Hospital Serdang.

Kuan menyiarkan di Facebook mengenai keadaannya pada Isnin 7 Febuari lalu dan memohon maaf kerana tidak dapat memenuhi panggilan orang ramai.

“Maaf, telefon saya akan dimatikan selama tujuh hari. Sekarang saya di Hospital Serdang.

“Pejabat akan ditutup selama empat hari mulai hari ini (7 Febuari). Talian hotline kami akan ditutup kecuali perkhidmatan ambulans.

“Kami akan menambah Ambulans Covid kepada dua unit lagi kerana ramai yang mendapat Covid,” katanya menerusi hantarannya di Facebook.

Kuan juga mengingatkan orang ramai supaya sentiasa menjaga keselamatan dan terus mengamalkan kawalan kendiri ketika berada di kawasan awam. Ramai pihak yang terkejut mendengar berita itu dan mendoakan agar beliau cepat sembuh.

Walaupun keadaannya tidak berapa sihat, kerja amalnya tetap diteruskan. Profil Facebook nya telah dikemas kini mengenai kes melibatkan seorang gelandangan tidur di hadapan kedai dobi dan kemas kini mengenai “Uncle Martin”, yang kini  berada di hospital.

 

 

Related Articles

Back to top button