Protes larangan pemakaian hijab di sekolah di India
NEW DELHI : Larangan bertudung di sekolah telah mencetuskan bantahan dalam kalangan umat Islam di selatan India dengan mengadakan protes terhadap larangan tersebut.
Video yang tular di media sosial menunjukkan ratusan orang berkumpul di jalan raya dan mengibarkan bendera India di bandar di negeri Karnataka pada Isnin.
Pada bulan lalu, pelajar di sebuah sekolah menengah yang dikendalikan kerajaan dilarang untuk memakai tudung, satu arahan yang tidak lama kemudian diperluas sekurang-kurangnya dua institusi pendidikan lain di negeri itu.
“Ia bersifat diskriminasi dan juga bertentangan dengan hak yang diperuntukkan di bawah perlembagaan India,” menurut Sumayya Roushan, presiden Pertubuhan Islam Gadis Karnatak dalam satu sidang akhbar pada Isnin.
Salah satu sekolah telah menarik semula larangan itu dengan membenarkan pelajar perempuan Islamn menghadiri kelas bertudung tetapi mengarahkan mereka untuk duduk di bilik darjah yang berasingan, menurut media tempatan.
Dua lagi sekolah yang telah melaksanakan larangan hijab mengisytiharkan cuti dan ditutup pada Isnin.
Mahkamah tertinggi negeri itu dijangka mendengar petisyen pada hari Selasa dan memutuskan sama ada akan membatalkan larangan tersebut.
-AGENSI