
GENEVA: Menurut hasil tinjauan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) terhadap kesan pandemik COVID-19, gangguan dalam perkhidmatan kesihatan asas seperti program vaksinasi dan rawatan penyakit seperti AIDS dilaporkan 92 peratus daripada 129 negara.
Dalam satu kenyataan media WGO berkata, tinjauan pada November hingga Disember 2021, menunjukkan perkhidmatan kesihatan berdepan impak teruk sedikit atau tiada peningkatan daripada tinjauan sebelumnya pada awal 2021.
“Hasil tinjauan ini mendedahkan keperluan tindakan segera bagi menangani cabaran sistem kesihatan utama, memulihkan perkhidmatan dan mengurangkan kesan pandemik COVID-19,” kata WHO.
Penjagaan kecemasan termasuk perkhidmatan ambulans dan bilik kecemasan bertambah teruk dengan 36 peratus negara melaporkan gangguan berbanding 29 peratus pada awal 2021 dan 21 peratus dalam tinjauan pertama pada 2020.
Tempoh masa tinjauan itu bertepatan dengan lonjakan kes COVID-19 di banyak negara pada akhir 2021 disebabkan varian Omicron yang sangat mudah menular, menyebabkan peningkatan tekanan kepada hospital.
Kenyataan WHO mengaitkan skala gangguan kepada “isu sistem kesihatan sedia ada” serta penurunan permintaan untuk penjagaan, tanpa mengulas lanjut. – REUTERS
Oleh Faiz Danial – Wartawan Pelatih Ummah Today