Dunia

Lebih 70 kanak-kanak maut akibat demam campak di Afghanistan

FAIZABAD : Wabak demam campak yang melanda wilayah Badakhstan, utara Afghanistan telah mengorbankan sekurang-kurangnya 74 kanak-kanak.

Sekurang-kurangnya 74 kanak-kanak maut ekoran wabak demam campak di wilayah Badakhshan, utara Afghanistan,

Menurut Ketua Direktorat Penerangan dan Kebudayaan, Maazudin Ahmadi, ini terdapat sejumlah kecil kes demam campak di beberapa daerah Badakhshan, termasuk Kuf Ab, Darwaz, Kohistan serta ibu kota wilayah Faizabad serta bandar berhampirannya

“Dalam tempoh dua bulan ini, sekurang-kurangnya 74 kanak-kanak meninggal dunia selepas dijangkiti wabak itu di Kuf Ab dan daerah Kohistan.

“Kebanyakan kanak-kanak yang meninggal dunia tinggal di kawasan tanpa akses pekerja kesihatan awam serta pembekalan mudah alih vaksin tempatan,” katanya.

Sementara itu, pegawai kesihatan wilayah berkali-kali menyeru penduduk sekiranya terdapat simptom pada kanak-kanak seperti demam, ruam, konjunktivitis, batuk dan selsema, segeralah merujuk pusat kesihatan terdekat

– AGENSI

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button