KUALA LUMPUR : Kes baharu jangkitan Covid-19 terus menunjukkan peningkatan sehingga melepasi angka 9,000 iaitu sebanyak 9,117 kes direkodkan hari ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi ciapan di Twitter berkata jumlah jangkitan baharu itu menjadikan jumlah kes di Malaysia setakat ini sebanyak 2,904,131.
Menurutnya lagi, maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my
Pada 5 Februari 2022, jumlah kes COVID-19 dilaporkan adalah 9,117 kes menjadikan jumlah kumulatif sebyk 2,904,131 kes
Pecahan setiap negeri (Kumulatif):
Selangor – 2,490 (824,437)
Johor – 901 (264,121)
Sarawak – 42 (252,945)
Sabah – 1,205 (251,645)
WPKL – 584 (223,002)— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) February 5, 2022