KUALA LUMPUR: Doktor serta sukarelawan program Mobile Clinic Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) bergerak dari rumah ke rumah untuk menyantuni dan memberi bantuan rawatan kepada pesakit di Flat Sri Johor, di sini, semalam.
Pegerakkan itu kebiasaannya dilakukan pada hari kedua, waktu petang kerana terdapat pesakit yang tiada daya untuk turun ke bas Mobile Clinic MAIWP atas faktor kecacatan fizikal.
Sebanyak tujuh buah rumah dilaporkan menerima bantuan rawatan dan perubatan secukupnya susulan penyakit yang mereka hadapi masing-masing.
Walau bagaimanapun, gabungan kerjasama sukarelawan MAPIM dan Pertubuhan Amal Kebajikan dan Perubatan (MediCom) di bantu lagi dengan hasil tenaga petugas daripada Malaysian Nurses Association (MNA), semalam.
MNA telah mula bantu berkhidmat dalam program Mobile Clinic MAIWP sejak semalam, pertubuhan agensi perubatan lain juga amat digalakkan untuk turut serta bersama merawat lebih ramai pesakit lagi pada masa akan datang.
Kira-kira hampir 70 pesakit berjaya dirawat selama program Mobile Clinic berlangsung dua hari, di sini, semalam.
Sambutan daripada penduduk juga terdiri daripada Melayu, Cina dan India.
Program Mobile Clinic MAIWP akan diteruskan lagi bagi membantu pesakit-pesakit yang memerlukan rawatan dan pemeriksaan kesihatan terutamanya yang terkesan akibat bencana.
Oleh Faiz Danial – Wartawan Pelatih Ummah Today