Dunia

Pengawal pantai wanita di Filipina dibenarkan bertudung

MANILA : Anggota Pasukan Pengawal Pantai Filipina (PCG) wanita beragama Islam kini dibenarkan untuk memakai tudung berdasarkan polisi baharu yang diluluskan.

PCG dalam satu kenyataan berkata mereka mempunyai seramai 1,850 anggota beragama Islam, dengan 200 daripadanya adalah wanita.

“Diharapkan lebih ramai wanita Islam akan menyertai anggota pasukan pengawal pantai dengan peraturan baharu ini,” katanya.

Tahun lalu, Suruhanjaya Kebangsaan Filipina Muslim mengalu-alukan cadangan Kapten Alicman S. Borowa memberi kebenaran pemakaian tudung dalam pakaian seragam pasukan itu.

Untuk rekod, negara yang mempunyai 110 juta penduduk itu mempunyai populasi penduduk Islam sebanyak enam peratus.

-AGENSI

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button