Covid19Semasa

Tiada cadangan SOP khusus bagi solat Tarawih – Idris

PUTRAJAYA : Tiada rancangan untuk memperkenalkan prosedur operasi standard (SOP) khusus bagi ibadah tarawih sempena Ramadan akan datang, menurut Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Idris Ahmad, SOP sedia ada akan diteruskan.

“SOP sama masih dikekalkan. Sama ada di dalam solat, di kedai makan, majlis sosial dan sebagainya.

“SOP ditentukan Kementerian Kesihatan perlu sentiasa dipatuhi dan setakat ini, tiada (SOP) khusus untuk solat tarawih,” katanya.

Berdasarkan SOP sedia ada di masjid dan surau Wilayah Persekutuan, penjarakan fizikal jemaah adalah 1 meter dengan mengikut kapasiti sebenar masjid dan surau manakala, untuk negeri-negeri pula tertakluk arahan daripada jabatan agama negeri.

Pelaksanaan solat berjemaah di masjid dan surau pada masa ini adalah semua ahli jemaah yang hadir hendaklah membawa sejadah masing-masing sebelum hadir ke masjid, selain jemaah diwajibkan memakai pelitup muka.

Pada Ramadan tahun lalu, negara berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan ibadah tarawih dibenarkan mengikut kapasiti ditetapkan dan aktiviti lain diadakan dengan terhad bagi mengekang penularan jangkitan Covid-19.

Diolah dan disunting dari artikel BERNAMA

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button