Covid19Semasa

PKRC MAEPS 2.0 ditutup secara rasmi mulai 8 Februari ini

SERDANG : Pada 8 Februari ini, Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) Bersepadu Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) 2.0 akan ditutup secara rasmi setelah 14 bulan beroperasi.
Difahamkan kumpulan pesakit Covid-19 terakhir yang menerima rawatan di PKRC itu sudah dibenarkan keluar semalam.
Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) Datuk Dr Aminuddin Hassim berkata penutupan itu dibuat selepas mengambil kira kos operasi dan jumlah pesakit yang semakin berkurang.

“Hanya PKRC Bersepadu MAEPS 2.0 sahaja yang diumumkan tutup, bukan semua PKRC.

“Kami akan bantu Kementerian Kesihatan (KKM) sepertimana yang mereka perlukan dengan memastikan sekurang-kurangnya ada satu PKRC beroperasi di setiap negeri. ” katanya.
Aminuddin berkata cadangan menutup PKRC MAEPS 2.0 itu telah dibentangkan dan dipersetujui Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad.
MAEPS diaktifkan sebagai PKRC pada 16 April 2020, dengan pengambilan pesakit COVID-19 di pusat berkenaan hanya membabitkan pesakit bukan warganegara bagi kategori satu (tanpa gejala) serta kategori dua (gejala ringan), dan kemudian ditutup pada 15 Julai tahun yang sama.
Pada 9 Dis 2020, kerajaan memutuskan untuk mengaktifkan semula MAEPS sebagai PKRC susulan peningkatan kes COVID-19.
Pada 24 Jan tahun lepas ia dinaik taraf kepada PKRC Bersepadu MAEPS 2.0 setelah mula menerima pesakit kategori tiga (radang paru-paru) dan empat (bantuan pernafasan) dengan skala yang sederhana.
NADMA-PKRC 3 (AKHIR) SERDANG
NADMA adalah agensi yang bertanggungjawab terhadap pengurusan PKRC di seluruh negara.
Menurutnya pada masa ini terdapat 51 PKRC beroperasi di seluruh negara dengan kapasiti keseluruhan 16,863 katil dan 4,061 pesakit sedang dirawat di PKRC berkenaan.
-Diolah dan disunting dari artikel BERNAMA

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button