Covid19Semasa

JAKIM Putrajaya ditutup 2 minggu

Operasi harian melalui perkhidmatan dalam talian sahaja

PUTRAJAYA : Ibu pejabat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di Kompleks Islam Putrajaya akan ditutup mulai esok (Rabu  7 Okt) sehingga 20 Oktober bagi melaksanakan kerja-kerja sanitasi di ruang pejabat dan mengekang penularan COVID-19.

Jakim dalam kenyataannya hari ini menyebut penutupan itu turut melibatkan pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan timbalannya, Ahmad Marzuk Shaary.

“Lanjutan itu, semua operasi harian Jakim hanya dihadkan melalui perkhidmatan dalam talian sahaja. Jakim akan beroperasi semula pada 21 Okt,” menurut kenyataan itu.

Zulkifli semalam mengesahkan beliau positif COVID-19 dan kini menjalani rawatan di hospital.

— BERNAMA

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button