Semasa
Ratusan pelarian ditemui di tengah laut, tujuh orang maut
LAMPEDUSA : Tujuh orang maut dan 280 yang lain diselamatkan selepas ditemui di tengah laut di pantai kepulauan Itali Lampedusa.
Tiga daripada mereka sudah mati ketika penyelamat tiba, manakala empat lagi mati akibat hipotermia ketika dalam perjalanan ke hospital, menurut polis.
Menurut laporan, majoriti pendatang adalah dari Mesir dan Bangladesh.
Kelihatan mereka berkerumun di atas bot kayu tanpa bumbung di tengah lautan.
Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, lebih 122,000 pelarian melarikan diri ke Eropah pada 2021 melalui Lautan Mediterannean.
Hampir 2,000 orang terbunuh dalam percubaan itu.
-AGENSI