DuniaSemasa

Lapangan Terbang Istanbul terpaksa ditutup akibat hujan salji tebal

ISTANBUL: Lapangan Terbang Istanbul merupakan pusat penerbangan tersibuk di Eropah terpaksa ditutup bersama sekolah dan pusat vaksinasi di Athens susulan ribut salji yang menyelubungi kawasan timur Mediterranean, menyebabkan terputus bekalan elektrik dan gangguan lalu lintas.

Tiada kecederaan dilaporkan apabila salah satu bumbung terminal kargo di lapangan tersebut runtuh akibat salji tebal.

Segala penerbangan dari Timur Tengah dan Afrika ke Eropah dan Asia semalam terpaksa dihentikan.

Pegawai pelancongan memberitahu agensi berita AFP bahawa ia menandakan penutupan pertama sejak menggantikan Lapangan Terbang Ataturk lama Istanbul sebagai pusat baharu untuk Turkish Airlines pada 2019.

“Disebabkan keadaan buruk, semua penerbangan di Lapangan Terbang Istanbul telah dihentikan sementara untuk keselamatan penerbangan,” kata lapangan terbang itu dalam satu kenyataan di Twitter.

Selain penutupan itu, 16 juta penduduk bandar terbesar Turki banyak mengalami masalah apabila kereta terbabas ketika menuruni jalan yang curam, merempuh antara satu sama lain dan jalan dilitupi hujan salji.

Pejabat Gabenor Istanbul memberi amaran bahawa bandar itu tidak boleh dimasuki melalui Thrace, wilayah yang merentangi bahagian Eropah Turki ke sempadan baratnya dengan Bulgaria dan Greece.

Pusat beli-belah, servis penghantaran makanan dan gerai bagel “simit” ikonik di bandar itu ditutup kerana pembekal tidak dapat melalui salji yang tebal.

Pegawai trafik juga menutup jalan-jalan utama yang merentasi sebahagian besar tengah dan tenggara Turki, kawasan pergunungan yang pertama dilanda ribut salji minggu lalu.

Lapangan Terbang Istanbul memberi perkhidmatan kepada lebih 37 juta penumpang pada tahun lepas, menjadi antara pusat penerbangan yang paling penting.

Turkish Airlines berkata penangguhan semua penerbangan Lapangan Terbang Istanbul sehingga sekurang-kurangnya 4 pagi (01:00 GMT) pada hari Selasa.

Oleh Faiz Danial – Wartawan Pelatih Ummah Today

 

 

Related Articles

Back to top button