BANDAR GAZA : 17 wartawan dan petugas media Palestin ditahan oleh tentera Israel, menurut kumpulan hak wartawan Arab.
Jawatankuasa Sokongan Wartawan dalam satu kenyataan berkata tujuh daripada mereka yang ditangkap telah dijatuhkan hukuman manakala lima masih di bawah dasar penahanan pentadbiran Israel dan lima lagi sedang menunggu keputusan mereka.
Dasar penahanan pentadbiran membenarkan pihak berkuasa Israel melanjutkan penahanan seseorang banduan tanpa tuduhan atau perbicaraan.
Kumpulan hak asasi manusia memberi amaran terhadap “kelewatan dalam mengeluarkan keputusan terhadap banduan yang telah ditahan selama beberapa tahun tanpa tuduhan”, menyifatkan dasar itu sebagai “pelanggaran terang-terangan undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia.”
“Amalan rejim Israel menganjurkan keganasan negara terhadap media Palestin dalam percubaan Israel untuk menutup mulut media Palestin dan menjejaskan keteguhan rakyat Palestin,” katanya.
Untuk rekod, sekurang-kurangnya 4,600 rakyat Palestin ditahan di penjara Israel, termasuk kira-kira 500 tahanan pentadbiran, menurut kumpulan yang prihatin dengan hal ehwal tahanan Palestin di penjara Israel.
-AGENSI