DuniaSemasa

Serangan udara Yaman, tiga kanak kanak terkoban

YAMAN : Serangan udara yang menyasarkan penjara yang dikendalikan pemberontak Houthi Yaman membunuh dan mencederakan lebih 100 tahanan pada hari Jumaat. Sekurang-kurangnya tiga kanak-kanak dan lebih 60 orang dewasa dilaporkan terkorban. Walaubagaimana pun jumlah sebenar mangsa yang terkorban dikhuatiri lebih tinggi.

Sewaktu peluru berpandu melanda bandar pelabuhan Hudaida, dilaporkan sebahagian besar kanak-kanak itu sedang bermain di padang bola sepak. Serangan udara itu turut merosakkan pusat telekomunikasi penting di Hudaida yang mengawal capaian internet Yaman, mengakibatkan internet terputus di seluruh negara.

Pihak paramedik dan pekerja bantuan terus melakukan kerja-kerja pembersihan di kawasan berkenaan. Dijangka angka kematian terus meningkat sewaktu proses pembersihan itu berlaku.

Dalam tiga bulan terakhir tahun 2021, peningkatan sebanyak 60% dalam angka korban awam ekoran konflik di seluruh Yaman.

Pada tahun ini, dijangka rakyat Yaman akan terus dibelenggu konflik yang tiada kesudahan buat mereka.

Hospital, sekolah, jalan raya dan infrastruktur air di Yaman berantakan selepas hampir sedekad negara itu menghadapi konflik, seterusnya mengakibatkan kehidupan terutamanya kanak-kanak dan keluarga mereka tergugat.

Related Articles

Back to top button