Semasa

Wanita lahirkan anak kembar lima di Arab Saudi

RIYADH : Seorang wanita berusia 34 tahun telah melahirkan anak kembar lima, di Arab Saudi

Menurut laporan Saudi Gazette, wanita itu melahirkan anaknya secara normal di Hospital Tentera Raja Salman di Tabuk, wilayah utara Arab Saudi.

Portal itu menambah, bayi itu mempunyai berat antara 0.95 dan 1.01 kg.

Sementara itu, netizen melahirkan rasa terima kasih kepada petugas perubatan yang membantu proses kelahiran anak kembar itu.

Hospital Tentera King Salman, salah satu hospital utama Arab Saudi, ditubuhkan pada Ogos 1980.

– AGENSI

Related Articles

Back to top button