DuniaSemasa

Kapal tentera New Zealand hulurkan bantuan ke Tonga

SYDNEY : Bekalan antarabangsa pertama yang akan tiba di Tonga dibawa oleh dua kapal tentera laut New Zealand yang membawa bantuan bencana berikutan tragedi letusan gunung berapi dan tsunami.

Beratus-ratus rumah di pulau-pulau luar yang lebih kecil di Tonga telah musnah, dan sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh selepas letusan besar Sabtu lalu.

Ia turut mencetuskan fenomena tsunami yang mengakibatkan bencana yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Ombak mencecah sehingga 15 meter melanda kumpulan luar pulau Ha’apia, memusnahkan semua rumah di pulau Mango, serta pantai barat pulau utama Tonga, Tongatapu.

Di pantai barat Tongatapu, penduduk dipindahkan ke pusat pemindahan kerana 56 rumah musnah atau rosak teruk di pantai itu.

Dengan lapangan terbangnya yang diselubungi lapisan abu gunung berapi dan komunikasi terhalang teruk akibat terputusnya kabel dasar laut, maklumat mengenai skala kemusnahan kebanyakannya datang daripada pesawat peninjau.

Kementerian Luar New Zealand berkata “kerajaan Tonga telah meluluskan ketibaan Aotearoa dan HMNZS Wellington di negara bebas COVID, di mana kebimbangan mengenai potensi wabak koronavirus berkemungkinan merumitkan usaha bantuan.

 

“Kapal berkenaan dijangka tiba di Tonga pada Jumaat, bergantung kepada keadaan cuaca,” kata kementerian itu dalam satu kenyataan.

“Pesawat kedua pengawasan pertahanan New Zealand, P3 Orion akan terbang melintasi Tonga dan Fiji hari ini untuk menilai kerosakan akibat bencana tsunami, kata pihak kerajaan New Zealand

Menurut pihak kerajaan Tonga “ bekalan airnya telah dicemari oleh abu dari gunung berapi Hunga Tonga-Hunga Ha’apai, yang meletus dengan letupan yang kedengaran 2,300 km (1,430 batu) jauhnya di New Zealand. Ia juga menghantar gelombang tsunami merentasi Lautan Pasifik.” – REUTERS

 

Related Articles

Back to top button