Covid19Dunia

Bayi tiga minggu meninggal dunia akibat Covid-19

DOHA : Baru sahaja berusia tiga minggu, seorang bayi di Qatar menjadi mangsa korban virus Covid-19, kes yang jarang berlaku di negara Teluk.

Menurut Kementerian Kesihatan, tiada penyakit lain atau penyakit keturunan dikenal pasti terhadap bayi tersebut dan adalah kanak-kanak kedua yang meninggal dunia di negara itu sejak pandemik bermula.

“Seorang bayi berusia tiga minggu meninggal dunia akibat jangkitan teruk Covid-19,” kata Kementerian Kesihatan Awam Emirat itu dalam satu kenyataan.

Menurut Kementerian Qatar,  golongan muda secara amnya kurang berisiko mendapat jangkitan Covid-19 yang teruk berbanding orang tua.

Namun, pihak berkuasa kesihatan di beberapa negara merekodkan peningkatan kanak-kanak dijangkiti dalam gelombang semasa dan memerlukan rawatan perubatan berbanding sejak penyebaran varian Omicron.

Untuk rekod, kes di negara itu meningkat dalam beberapa minggu kebelakangan ini, dan pada akhir Disember penyedia penjagaan kesihatan utama Qatar menggantung cuti semua kakitangan perubatan dan pentadbiran yang berurusan dengan kes Covid-19.

– AGENSI

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button