DuniaSemasa

Bayi kembar 1 badan 2 kepala meninggal dunia

SUMATERA SELATAN: Bayi kembar yang dilahirkan satu badan dengan dua kepala meninggal dunia di Hospital Umum Pusat Mohammad Hoesin (RSMH) Palembang, Sumatera Selatan.

Ketua Jabatan Perhubungan Awam RSMH Palembang, Ahmad Suhaimi semalam berkata, bayi kepada pasangan ibu bapa muda yang berusia pertengahan 20-an, disahkan meninggal dunia oleh doktor pada pagi Jumaat jam 11.20 pagi WIB (waktu Indonesia Barat) atau 12.20 tengah hari waktu Malaysia.

“Doktor yang merawat menyatakan, bayi terbabit meninggal dunia semalam (kelmarin) jam 11.20 WIB.

“Kematian bayi itu kira-kira tiga jam selepas kelahirannya pada jam 8.20 WIB,” katanya.

Menurutnya lagi, ibu bayi terbabit sedang dirawat dengan rapi buat sementara waktu di bahagian rawatan kebidanan dan keadaannya semakin pulih.

“Kondisi ibu bayi terbabit ketika ini semakin pulih di bahagian rawatan kebidanan RSMB,” tambahnya.

Oleh Faiz Danial – Wartawan Pelatih Ummah Today

Related Articles

Back to top button