JAKARTA : Presiden Indonesia, Joko Widodo mengumumkan rakyat Indonesia akan diberikan dos penggalak Covid-19 secara percuma.
Walaupun dos awal vaksin Covid-19 ditanggung oleh kerajaan, pegawai dan pihak kerajaan sebelum ini berulang kali mencadangkan individu berusia 60 tahun ke atas dan mereka yang tidak mempunyai wang untuk membayar diberikan suntikan dos penggalak secara percuma.
Widodo dalam kenyataannya Selasa lalu, memandangkan virus Covid-19 terus bermutasi, program dos penggalak tersebut adalah penting bagi meningkatkan imuniti rakyat.
“Dengan itu, saya memutuskan pemberian dos ketiga (penggalak) adalah percuma untuk semua rakyat Indonesia. Ini kerana, keselamatan rakyat keutamaan kita.
“Program yang bermula semalam (kelmarin) memberi keutamaan kepada golongan warga emas dan kumpulan rentan,” katanya.
Rakyat Indonesia yang menerima suntikan vaksin kedua mereka sekurang-kurangnya bagi tempoh enam bulan lalu layak untuk menerima dos ketiga.
Indonesia sebelum ini menyasarkan vaksinasi bagi 208.2 juta penduduknya dan akan menawarkan suntikan dos penggalak berbayar mulai tahun ini.
– AGENSI