Gempa bumi 6.6 magnitud melanda pantai barat Cyprus
NICOSIA : Gempa bumi berukuran 6.6 pada skala Richter melanda pantai barat Cyprus awal Selasa, Kajian Geologi AS berkata tiada laporan mengenai kematian atau kerosakan berlaku.
Gempa bumi kuat dan agak cetek yang melanda pada 0107 GMT itu berpusat 48 kilometer (30 batu) barat laut bandar Polis di pulau Mediterranean, kata USGS.
Gegaran itu dirasai di seluruh Cyprus dan sekitar rantau itu dengan laporan dari sejauh Turki, Israel dan Lubnan, menurut USGS.
Terdapat kemungkinan kecil kematian dan kerosakan akibat gempa itu, katanya dalam penilaian awal.
Pusat Seismologi Eropah-Mediterania mengukur gegaran pada magnitud 6.5 pada kedalaman 51 km.
Cyprus terletak di zon rawan gempa bumi sekunder, tetapi gegaran sebesar itu jarang berlaku.
Gempa bumi terbesar dalam beberapa tahun kebelakangan ini ialah magnitud 6.8 pada 1996, yang mengorbankan dua orang di Paphos di sepanjang pantai barat.
Pada tahun 1953, gempa bumi berukuran 6.3 magnitud membunuh 40 orang dan memusnahkan ratusan rumah, kebanyakannya di wilayah Paphos.
-AGENSI
Oleh Ummi Fatihah wartawan pelatih UiTM