Semasa

Banduan Palestin diserang kanser, rakyat Palestin protes pembebasan

RAMALLAH : Menurut agensi berita rasmi Palestin WAFA, keluarga banduan Palestin yang diserang kanser Nasser Abu Hamid mengumumkan pada hari Jumaat bahawa dia mengalami radang paru-paru teruk akibat jangkitan kuman.

Keluarga Abu Hamid melaporkan bahawa mereka dapat melihat Nasser, yang kini sedang menjalani rawatan di unit rawatan rapi Pusat Perubatan Barzilai.

Keluarga itu memaklumkan Persatuan Banduan Palestin (PPS) bahawa ejen keselamatan Israel memberi amaran kepada mereka supaya menjauhi bilik Nasser sebaik sahaja sampai ke unit penjagaan kritikal, dan mereka tidak dibenarkan menyentuhnya. Keluarga itu bagaimanapun enggan mengikut arahan anggota keselamatan Israel dan berkeras mahu berjumpa anak mereka.

Keluarga itu merayu semua pihak yang terlibat bertindak segera dan berkesan bagi memelihara nyawa anak lelaki mereka. Mereka juga menggesa rakyat Palestin mengekalkan tekanan popular mereka terhadap pendudukan Israel bagi membebaskannya, kerana dia berada dalam bahaya kematian serta-merta.

Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan Palestin menggesa semua hak asasi manusia dan organisasi antarabangsa untuk campur tangan dan memaksa pihak berkuasa pendudukan Israel membebaskan Abu Hamid awal minggu ini.

Abu Hamid, seorang warga Palestin berusia 49 tahun dari kem Al-Amari Ramallah, telah ditangkap pada 2002 dan sedang menjalani tujuh hukuman penjara seumur hidup serta tambahan 50 tahun penjara.

Menurut Suruhanjaya, Abu Hamid menerima pembedahan bagi membuang tumor malignan di paru-parunya pada Oktober, tetapi telah dihantar ke penjara oleh pendudukan Israel sebelum dia dapat sembuh sepenuhnya.

-AGENSI

Oleh Ummi Fatihah wartawan pelatih UiTM

 

Related Articles

Back to top button