Covid19Semasa

Kelantan benar 50 peratus kapasiti majlis akad nikah, kenduri

KOTA BHARU : Kelantan membenarkan majlis akad nikah dan kenduri bagi individu yang telah lengkap menerima vaksin dengan 50 peratus kapasiti ruang premis. penjarakan fizikal.

Menurut Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEAIK) Dato Haji Che Mohd Rahim Haji Jusoh, tetamu yang hadir haruslah memastikan mereka sentiasa mematuhi penjarakan fizikal.

“Individu yang telah menerima vaksinasi dibenarkan membawa kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah dengan mematuhi protokol kesihatan umum.

“Semua Modul Bersepadu Kursus Pra Perkahwinan Islam (MBKPI)  akan dijalankan secara dalam talian.

“Perkhidmatan Khidmat Nasihat dan Runding Cara dijalankan secara dalam talian dan bersemuka dengan mematuhi SOP yang telah ditetapkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata segala arahan dan ketetapan yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negar (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dari semasa ke semasa adalah terpakai.

Beliau berkata, SOP itu dikeluarkan oleh Bahagian Undang-undang Keluarga Islam sepanjang tempoh Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan ia juga merujuk kepada situasi semasa berkaitan wabak COVID-19 di Kelantan.

Semua arahan pentadbiran yang telah dikeluarkan sebelum ini adalah terbatal.

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button